Saturday, May 26, 2012

~Ketenangan Milik Yang Maha Pencipta~






Tiada manusia yg sempurna, manusia itu lemah supaya manusia sentiasa bergantung harap kepada ALLAH SWT, sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA. Ketika berduka ketahuilah wahai manusia, ALLAH itu Maha Mendengar, Maha Berkuasa. Mengadulah kepadanya, pasti hatimu akan lebih tenang. Usah kau bersedih wahai hati, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak tahu..


“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Jika engkau bersedih wahai manusia, berdoalah kerana sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.. Jagalah ibadahmu.. Jangan mendekatiNYA hanya ketika bersedih tetapi pabila bergembira, engkau melupaiNYA.


Maksudnya: "Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): 'Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka). Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (iaitu dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah 2:186)

Janji Allah itu pasti.. Segalanya telah ditentukan olehNYA, namun usaha itu perlu ada.. Jika soal jodoh menggusarkan hatimu, ingatlah sekali lagi, janji Allah itu pasti..


Tanda-tanda kalau dia JODOH kita itu ada dua:
~ 1. DIPERMUDAHKAN
~ 2. MENDEKATKAN kita kepada Allah..

Jika tidak ada dua-duanya, BERMAKNA dia BUKAN JODOH kita..makanya bila tanda itu tiba, BUKANLAH MATA..jangan terus DIBUTAKAN CINTA..

PERCAYALAH pada Allah..percaya SUNGGUH-SUNGGUH, jangan ragu-ragu..jangan berprasangka, YAKINLAH dengan sepenuh hati..ketentuanNYA pasti yang TERBAIK..semoga itu membuat kamu BERLAPANG DADA dengan ketentuanNYA..
♥♥♥

(^^,)

Friday, April 27, 2012


Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : 

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. 

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.. 

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. 

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. 



P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia......@_@

Wednesday, June 8, 2011

Terima Kasih Temanku…

Terima Kasih Temanku….

Duhai teman…

Terima kasih atas segala-galanya..

Xterucap rasanya tanda kesyukuran Allah hadirkan teman sepertimu…

Tatkala duka…suka…

Nilai kasih sayang xpernah berubah…

Tatkala ujian yang Allah berikan kepada kita teman..

Kau begitu kuat mengukuhkan kasih sayang kita..

Duhai teman..

Tempat aku luahkan segala-gala rencah dunia ini…

Yang semestinya mentari xselalu menyinari..

Namun ribut landa yang terjadi…

Ku sedar kau menasihati bahawa hujan yang turun pastinya akan henti..

Di situlah kekuatan ku datangi..

Tima kasih teman..tempat perkongsian kasih sayang yang abadi seperti yang dijanji...

Insyaallah..Ameenn…(@_@)…

Monday, May 23, 2011



SeLamAt UntUk BakaL MenUJu Ke Alam Bahagia……(@_@)

Erm sedar xsedar dah dah msuk 20-an..hehehe..waktu umur sebegini isu yang nk cuba diketengahkan mestilah……..hehehe..erm bulan depan nampaknya teman2 dah ada yang nak bertunang..,berkahwin..Syukur dan diucapkan TAHNIAH kepada sahabat2 yang bakal bertunang dan berkahwin..

Semoga ikatan yang bakal terbina itu mendapat keberkatan Allah..sebagai sahabat, saya dengan bangganya tumpang gembira..(^_^)..saya sentiasa doakan ikatan dan istana yang bakal di bina dipenuhi dengan mahligai kasih sayang..mahkotakan pengorbanan..bertahtakan kesetiaan..semoga sahabat yang berkenaan bahagia hingga ke akhir hayat…

Kepada yang bakal bertunang pula semoga menjadi tunang yang baiklah..hehehe..semoga tabah menghadapi segala cabaran sebelum bergelar isteri kepada yang bakal memiliki..

Kepada yang berniat nak bertunang mahupun berkahwin saya ucapkan selamat jugak..hehehe..semoga anda kalian mengumpulkan segala ilmu di dada secukupnya…semoga Allah merestui dan memberkati niat suci itu dan apabila tiba waktunya pasti masa itu akan tiba…sememangnya Allah menciptakan manusia berpasangan….pasti ADAM bertemu HAWAnya…(^_^)…

Semoga berbahagia…..

Wednesday, May 18, 2011

REdhA DeNgaN TaKdIr IlaHi Itu InDah….

Setiap yang berlaku dalam hidup ini semua ketentuan YANG MAHA ESA..Siapakah kita untuk mempertikaikan kenapa perkara ini berlaku seperti ini..seperti itu…?sebenarnya setiap redha yang diwujudkan dalam hatiey kita terhadap Takdir Ilahi itu terselit seribu hikmah yang kita kadang-kadang tidak lihat dengan mata kasar…

YaaRaabb…damaikanlah aku dengan takdirMu..itu lebih baik bagiku dan juga agamaku…Sesungguhnya YaaRabb agamaMu setenang dan seindah SyurgaMu..aku dambakan kebahagiaan hakiki bukanlah sekadar cantik di pandangan mata manusia….namun yang ku cari keredhaanMu Yang Maha Esa..

Yaalllah..kebalkanlah benteng rohaniku dengan agamaMu..semoga keredhaaan ini sentiasa menjadi ratu dalam istana hati..timbul kerendahan hati dalam dunia yang warna warni ini..YaaRabb sesungguhnya aku akui takdirMu begitu indah di sisiMu..


Saturday, March 19, 2011


DuniaMu Tuhan ...... penuh dengan segala macam hiasan

Hiasan yang mempunyai pelbagai rupa dan warnanya

Hiasan itu adalah satu nikmat yang terlalu berharga

Nikmat yang terkandung segala kisah suka dan duka

Sesuatu yang indah lagi mengembirakan sentiasa didambakan

Sesuatu yang sukar lagi menyiksakan , tiada ingin sekali pun sekadar angan-angan kosong

Namun keduanya tetap akan menyapamu wahai manusia ciptaan Yang Maha Agung

Biar pun kamu menolak mahupun menyenangi

Ia tetap menjengahkan dirinya menuntut KESABARAN yang tiada terhingga

Tiada sebarang harta dunia yang mampu mencapai penyelesaian melainkan KESABARAN

Seluruh akal bisa memahami maksud SABAR dari bahasanya

Namun mampukah hati mengerti SABAR pada lakunya dan tertampungkah jasad bertaut roh menjunjung SABAR yang sebenarnya

Subhanallah Maha Luas ilmu ALLAH SWT

IMANlah sahabat SABAR

IMANlah tonggak SABAR

IMANlah pencetus SABAR

SABAR itu separuh daripada IMAN

Segala yang zahir dan batin pasti ada arah tuju serta sebabnya

Maha Suci ALLAH dari segala yang menyekutukan

Rahsiamu bersalut sayang berhias kasih selamannya.

Friday, February 25, 2011


~sakit perut bila ingat~

Citer nie dah lama dah….tapi tiba-tiba teringat balik…hehehe..ada masa cuti pertengahan semester ala masa raya cina xsilap…kan balik kampong. Masa nak bertolak balik ke ukm highway jangan duk kata lar…penuh…tnsion pon boleh tahan jugak la..(wlu pon bukan kita yg bawa keta). Punyer la rasa lama duk lam keta…kiqa-kiqa hmpir kat 12 jam..wuaahhh!!mcm nak buka pintu jalan kaki ja..hehehe…semua orang berpusu-pusu nak balik umah diorang lps raya cina…

Tapi..masa tgh duk tnsion tu..keta kan terbehenti kat perak (kat mana xigt la) ak tgk sebelah keta..waaaahh..ramainya anak2 dia dalam keta..ketanya xsilap keta myvi…tapi anak2 dalam 3 hingga 5 thn ada la dalam keta tu lebih kurang 4 orang kat belakang…dah terbehnti kat sebelah keta..ak scan hbs laa…

Yang nak jadi citanya…may be anak-anak dia yang ramai tu booosannn sgt2 dalam ketaaa!!tiba2 salah sorang anak pemandu myvi tu pi cabut yang tempat letak kepala kerusi pemandu semasa ayah dia memandu…hehehehehe..xtahan sangat masa tuu..wuaahhh gelakk punyer gelak..kak pon ckp..awat hg nie???..kak tgk sebelah kita nie..ada ka anak dia cabut tempat letak kepala kat kerusi pamandu masa ayah dia drive…kak pon gelak giler2…wahahahaha..may be dah xdak benda nak main..alih2 cabut benda tuu..

Mak dia apa lagi…dengan muka terkejut marahkan anak dia..tapi xdengaq la apa yang mak dia marah…hehehe..nampak mulut jer duk beleter kat anak dia..lawak la..cian anak2…klu jem sampai xtahu nak buat apa dalam ketaaa..rasanya pada masa akan datang keta malysia kena diperluaskan lagi supaya boleh masukkan tmpat permainan untuk kanak2 klu jem…klu tdak…erm apa lagi laaa yang akan dicabutnyaaa…..